Tahun baru 2012, tahun ni seronok dapat celebrate bersama kak long Rosni dan 2 anak bujang nya Aizat& Rahmat, Wati-Hasnor dgn 3 anak2 mereka Athirah,Fadly dan Daus, adik lelaki Nasarudin dan adik bongsuku Archeed bersama 3 anaknya Danish,Qaim dan Adeena, sebetulnya nak temankan dia lah kononnya sbb suaminya Baddin dah balek dulu ke Oman sbb kerja..bila dah kumpul reramai ni...habislah semua cerita antik yg keluar...kelakar sungguh..Anak2 bujang I pulak ada program memasing,so mcm biasalah kan me, en. asben dan syafira jer yg join Archeed di Perdana Exclusive....lepas tu semua kami pi Mutiara Damansara nengok bunga api....sesak betul, punyalah ramai ummat manusia .....
Jan 20th.Jumaat
Ke Alor Setar, keluar rumah pagi 9am tapi sampainya lepas Maghrib....buat solat Jamak jer sbb jauh kan..kita gunakan kemudahan yg Allah berikan pd hambanya...lambat sampai bukan sebab jalan jammed tapi singgah merata rata, selagi ada R&R kami stop...bukan apa makin berumur ni makan cepat letihlah. Itupun nasib baik lah Faizal cuti semester 3 minggu-babah dia dptlah relax sikit.Yang best kat utara ni makanan dia macam2, mihoon sop,pasembor,laksa rojak, belum lagi dgn kerepek seaneka kerepek yang ada..Semua nak makan..Adooyai, ubat kolesterol kena telan lah ni...Malam singgah rumah anak saudara abg long kat Langgar kejap, wadooh...siap offer memancing lagi tu...tapi ari dah malam,so kenalah pi dulu ke Vistana Homestay nak rehat dan tidur...nampaknya kami sekeluarga yg sampai dulu...dptlah cop bilek bagus punya.Wati dan family pulak sampai 1.30am diikuti dgn Ijas-Shah dan Aju-Che Det dgn anak2 masing about 3.30am..fuhhh punya lah semangat nak pi meminang anak Dara orang untuk Aizat anak bujang kak long Rosni kita tu...
Monday, 30 January 2012
Thursday, 29 December 2011
PANGKOR
Dah banyak kali jugak aku dan keluarga ke Pangkor ini.Kalau tak ke kesana kami menginap di Lumut saja.Kat sini buah tangan yg mesti di bawa pulang selain gambar kenangan pergi snorkeling, jetski,boat cruise, memancing jgn pulak lupa bawa balek hasil laut seperti ikan masin especialy ikan Talang,sotong kering yg biasa maupun yg telah siap disira padas,manis dan segalanya.Kalau minat kraftangan karangan lautpun ada banyak nak di angkut balek.Fuhh...macam macam lah.Sebenarnya banyak story tapi tak ter-story.Kalau korang nak tau pergilah sendiri tengok apa apa yg patut patut sesuaei utk korang ya.Jom tengok gambar gambar ni.
Maaf,Gambar tak seberapa...huhu jangan lupa pergi pangkor tau!
Friday, 25 November 2011
Apa yang akak buat waktu anak anak bercuti Part 2
Yang ini edisi Safira cuti sekolah..lagi lah pening kapla emak dia.Memang lah seronok time cuti sekolah hujung tahun ni... ingat kan dpt lah relax ...rupanya terlebih relax pulak lah dia. . Nak hantar kem dan bengkel semua tak nak...so akak pun paksa dia buat mapin a.k.a muffin ...tapi sedap gak air tangan dia ni...sapa2 yg nak cuba boleh lah ikut resipi oren muffin safira ni.
Sunday, 20 November 2011
Apa yang akak buat waktu anak anak bercuti di rumah
Faris telah balek menyambung pengajian nya di IPB setelah 3 minggu berehat-memang betul betul rehat dia ni, apa pun dia tak buat; selain mengadap lappy.Kalau tak suruh kemaskan daun daun kering kat laman tu, mak dia ni jugak lah.. yg ngadap kerja tu hari hari,-tapi, yg pasti dia memang tak nolak kalau suruh hantar dan amik adik perempuan yg sorang tu balek sekolah...tang tu akak salute-dapat lah rehat sikit kan.Dia ni kan suka makan spaghetti edisi mak dialah, selain asyik mintak kita buatkan pancake.. last last akak ajar dia buat sendiri.Asyik senyum simpul jer dia waktu proses tu...Jom lah layan Faris masak pancake a.k.a. lempeng.
Monday, 31 October 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)